Khamis, 26 Mac 2020

Seorang lagi peserta ijtimak tabligh meninggal dunia

0 ulasan
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan dan ujian kesihatan yang lewat antara punca kematian dalam jangkitan Covid-19 di Malaysia.
 – Gambar The Malaysian Insight 
    oleh Kamal Ariffin, 26 Mac, 2020.


SEORANG lagi peserta perhimpunan tahunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19, menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat virus itu kini 21 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki rakyat Malaysia itu, berumur 63 tahun dan mempunyai rekod penyakit kronik, mula bergelaja dan menjalani saringan pada Sabtu lalu (22 Mac).

"Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

"Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada (hari ini) jam 4 pagi," katanya dalam satu makluman di Facebook.

Lebih separuh korban Covid-19 di Malaysia setakat ini datangnya dari kluster perhimpunan jemaah tabligh berkenaan.

Awal minggu ini, Dr Noor Hisham mendedahkan saringan dan ujian kesihatan yang lewat antara punca kematian dalam jangkitan Covid-19 di Malaysia, selain faktor usia dan sejarah mempunyai penyakit lain.

Katanya, dalam kebanyakan kes, mereka yang meninggal dunia hanya datang mendapatkan rawatan selepas mengalami pneumonia atau radang paru-paru.

Pihak berkuasa menganggarkan 95% peserta perhimpunan jemaah tabligh sudah menjalani saringan dan ujian Covid-19.

Sehingga 12 tengah hari semalam, seramai 9,026 orang dari kluster perhimpunan itu sudah disaring, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, 1,057 didapati positif, iaitu 59% daripada keseluruhan 1,796 kes jangkitan Covid-19 di Malaysia, sementara 5,625 disahkan negatif. Baki 2,704 kes lagi masih menunggu keputusan ujian.

 – 26 Mac, 2020.


Sumber Wak Labu Farm https://ift.tt/3bql1wT
RSS Feed

Berita terkini dari http://wak-labu.blogspot.com

Leave a Reply

 
Blog List Malaysia 99 © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here