Khamis, 26 Mac 2020

Jemaah Menteri potong gaji 2 bulan

0 ulasan
MyMetro
Hayati Ibrahim
am@hmetro.com.my

JEMAAH menteri. FOTO Bernama

GAJI Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong selama dua bulan yang kemudiannya akan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dari satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

"Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

"Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu," katanya hari ini.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 2:52 PM

Sumber Wak Labu Farm https://ift.tt/2vQvaE7
RSS Feed

Berita terkini dari http://wak-labu.blogspot.com

Leave a Reply

 
Blog List Malaysia 99 © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here